Thursday, March 19, 2009

Teknik pemantauan politik wang!

Salam semua blogger! Hari ini 20/03/2009 tinggal hanya beberapa hari saja lagi menjelang perhimpunan agong umno. Syabas kepada jawatankuasa disiplin Umno yang mengambil tindakan drastik ke atas Dato' Seri Ali Rustam, Khairi Jamaludin dan beberapa ahli-ahli umno yang lain walaupun keputusannya amat perit untuk dilaksanakan. Tapi pada pendapat cedikcenun jawatankuasa disiplin hendaklah bekerja "terlebih" kuat dua tiga hari ini memantau pergerakan perwakilan dan juga "transaction" ke atas akaun bank mereka.
Sebenarnya cedikcenun ada idea yang sama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam mengurangkan atau menghapuskan terus gejala politik wang. Ingat tak lagi "mm chip" yang diilhamkan oleh Tun. Umumnya kita tahu masalah hari ini berpunca dari manusia dan wang. Pergerakan wang boleh dipantau dengan menanam cip rfid (mm chip) "radio frequency identification" dalam setiap wang kertas ringgit. Ini memerlukan pindaan undang-undang berkaitan wang di Parlimen.
Jadi, pergerakan setiap helai wang kertas akan dipantau oleh beberapa satellite macam satellite gps ataupun stesyen-stesen pengesan statik yang dipasang contohnya di bandaraya Kuala Lumpur, jadi mana-mana ahli-ahli umno (perwakilan dan juga calon) yang membawa wang kertas, pihak jawatankuasa disiplin boleh mengetahui secara tepat jumlah wang dibawa dan ke mana wang itu dibelanjakan. Kalau sistem ini dilaksanakan bukan setakat masalah politik wang Umno, masalah lain-lain berkaitan wang di Malaysia dan di seluruh dunia dapat ditangani dengan berkesan. Jadi masalah politik wang di Perhimpunan Agong Umno dapat diselesaikan. Salam 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment