Sunday, April 25, 2010

Live Reports @ Hulu Selangor

8:29PM BN-24,669 PKR-22,986 MAJORITY-1,683

Tuesday, March 24, 2009

DI SINI TIADA JALAN BENGKOK


Apabila Datuk Seri Najib menyatakan bahawa, Pemuda UMNO harus "Berani Berubah" dan menyebut nama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad - begitu kuat tepukan yang diberikan oleh perwakilan semalam. Ternyata terdapat mesej tersirat yang harus segera difahami oleh para perwakilan. Saya yakin bahawa Datuk Seri Najib inginkan Mukhriz memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalannya.
Untuk sekian kalinya - pada pandangan saya, inilah satu-satunya ucapan Datuk Seri Najib yang paling baik dan memahami aspirasi kehendak akar umbi dan masyarakat - beliau tidak hanya mahu barisan kepimpinan yang bersih dan mampu bekerja semata-mata, bahkan mahu membuka lebih ruang kepada seluruh ahli UMNO agar terlibat sama dalam menentukan pucuk pimpinan pada masa akan datang. Inilah yang kita mahu. Saya percaya, jika beliau ikhlas dan bersungguh-sungguh - UMNO akan kuat semula dan pada masa yang sama jangan lupa "tarik" kembali Tun Mahathir ke dalam UMNO.Ucapan yang penuh dengan semangat dan idea pembaharuan yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib semalam - setidak-tidaknya memberi harapan baru kepada ahli UMNO dan orang Melayu yang sayangkan UMNO - sememangnya mereka mengharapkan Datuk Seri Najib berupaya melaksanakan janji-janjinya itu, setelah beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak. Yang dinantikan oleh ahli-ahli UMNO sekarang hanyalah pelaksanaan dan menunaikan janji yang telah dinyatakan dalam ucapan beliau semalam. Bermula pada hari ini, para perwakilan harus jelas menerima mesej yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Najib tersebut, moga-moga mereka mengundi dengan tepat dan ikhlas. Saya yakin mereka yang memenangi jawatan adalah seperti berikut (InsyaAllah) :1. Tan Sri Muhyiddin : Timbalan Presiden kelebihan undi sekitar puluhan sahaja2. Datuk Seri Hishamuddin : Naib Presiden I kelebihan undi sekitar seratus atau dua ratus undi.Datuk Seri Dr Zahid Hamidi : Naib Presiden II kelebihan undi sekitar seratus undi lebih.Datuk Syafie Apdal : Naib Presiden III kelebihan undi sekitar puluhan undi sehingga seratus. (Walaupun saya sebenarnya mengharapkan Datuk Seri Rais Yatim menjadi salah seorang Naib Presiden)3. Tan Sri Rafidah Aziz : Ketua Wanita kelebihan undi seratus lebih atau mungkin tidak sampai. (Walaupun saya sebenarnya mengharapkan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita)4. Datuk Mukhriz Mahathir : Ketua Pemuda kelebihan undi sekitar puluhan sahaja.5. Datuk Reezal Merican : Naib Ketua Pemuda kelebihan undi sekitar lima puluh hingga lapan puluh.
Apa-apa pun ini hanyalah sekadar coretan ramalan peribadi semata-mata, hanya Allah juga yang mengetahuinya.Wallahualam. Selamat mengundi dan bersidang. (Petikan dari blog azlishukri, sahabat ana).

Friday, March 20, 2009

Gandingan Terbaik! Pilihan Di Tangan Anda!


Pilihan Kami! Gandingan terbaik Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno dan Dato' Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Pemuda Umno bakal mengembalikan kekuatan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara. "berani berubah".

Thursday, March 19, 2009

Teknik pemantauan politik wang!

Salam semua blogger! Hari ini 20/03/2009 tinggal hanya beberapa hari saja lagi menjelang perhimpunan agong umno. Syabas kepada jawatankuasa disiplin Umno yang mengambil tindakan drastik ke atas Dato' Seri Ali Rustam, Khairi Jamaludin dan beberapa ahli-ahli umno yang lain walaupun keputusannya amat perit untuk dilaksanakan. Tapi pada pendapat cedikcenun jawatankuasa disiplin hendaklah bekerja "terlebih" kuat dua tiga hari ini memantau pergerakan perwakilan dan juga "transaction" ke atas akaun bank mereka.
Sebenarnya cedikcenun ada idea yang sama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam mengurangkan atau menghapuskan terus gejala politik wang. Ingat tak lagi "mm chip" yang diilhamkan oleh Tun. Umumnya kita tahu masalah hari ini berpunca dari manusia dan wang. Pergerakan wang boleh dipantau dengan menanam cip rfid (mm chip) "radio frequency identification" dalam setiap wang kertas ringgit. Ini memerlukan pindaan undang-undang berkaitan wang di Parlimen.
Jadi, pergerakan setiap helai wang kertas akan dipantau oleh beberapa satellite macam satellite gps ataupun stesyen-stesen pengesan statik yang dipasang contohnya di bandaraya Kuala Lumpur, jadi mana-mana ahli-ahli umno (perwakilan dan juga calon) yang membawa wang kertas, pihak jawatankuasa disiplin boleh mengetahui secara tepat jumlah wang dibawa dan ke mana wang itu dibelanjakan. Kalau sistem ini dilaksanakan bukan setakat masalah politik wang Umno, masalah lain-lain berkaitan wang di Malaysia dan di seluruh dunia dapat ditangani dengan berkesan. Jadi masalah politik wang di Perhimpunan Agong Umno dapat diselesaikan. Salam 1 Malaysia.

Sunday, March 1, 2009

kepala tiga segi warna hijau

Salam semua! Cedikcenun sedih melihat keadaan politik Malaysia pada masakini khususnya melibatkan Umno yang "flip-flop" akhir-akhir ini. Semua disebabkan kamceng dua ekor nie proksi yahudi iaitu Khairi Jamaludin dan Anwar Ibrahim merealisasikan cita-cita peribadi memerintah Malaysia. Cedikcenun menyokong sepenuhnya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dapat mengambilalih teraju pm dari Pak Lah selepas pemilihan agung Umno bulan Mac nanti. Cedikcenun menyokong sepenuhnya Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden dan saudara Dato' Mukhriz Tun Mahathir sebagai ketua pemuda Umno nanti. Salam dan "berani berubah".