Tuesday, March 24, 2009

DI SINI TIADA JALAN BENGKOK


Apabila Datuk Seri Najib menyatakan bahawa, Pemuda UMNO harus "Berani Berubah" dan menyebut nama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad - begitu kuat tepukan yang diberikan oleh perwakilan semalam. Ternyata terdapat mesej tersirat yang harus segera difahami oleh para perwakilan. Saya yakin bahawa Datuk Seri Najib inginkan Mukhriz memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalannya.
Untuk sekian kalinya - pada pandangan saya, inilah satu-satunya ucapan Datuk Seri Najib yang paling baik dan memahami aspirasi kehendak akar umbi dan masyarakat - beliau tidak hanya mahu barisan kepimpinan yang bersih dan mampu bekerja semata-mata, bahkan mahu membuka lebih ruang kepada seluruh ahli UMNO agar terlibat sama dalam menentukan pucuk pimpinan pada masa akan datang. Inilah yang kita mahu. Saya percaya, jika beliau ikhlas dan bersungguh-sungguh - UMNO akan kuat semula dan pada masa yang sama jangan lupa "tarik" kembali Tun Mahathir ke dalam UMNO.Ucapan yang penuh dengan semangat dan idea pembaharuan yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib semalam - setidak-tidaknya memberi harapan baru kepada ahli UMNO dan orang Melayu yang sayangkan UMNO - sememangnya mereka mengharapkan Datuk Seri Najib berupaya melaksanakan janji-janjinya itu, setelah beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak. Yang dinantikan oleh ahli-ahli UMNO sekarang hanyalah pelaksanaan dan menunaikan janji yang telah dinyatakan dalam ucapan beliau semalam. Bermula pada hari ini, para perwakilan harus jelas menerima mesej yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Najib tersebut, moga-moga mereka mengundi dengan tepat dan ikhlas. Saya yakin mereka yang memenangi jawatan adalah seperti berikut (InsyaAllah) :1. Tan Sri Muhyiddin : Timbalan Presiden kelebihan undi sekitar puluhan sahaja2. Datuk Seri Hishamuddin : Naib Presiden I kelebihan undi sekitar seratus atau dua ratus undi.Datuk Seri Dr Zahid Hamidi : Naib Presiden II kelebihan undi sekitar seratus undi lebih.Datuk Syafie Apdal : Naib Presiden III kelebihan undi sekitar puluhan undi sehingga seratus. (Walaupun saya sebenarnya mengharapkan Datuk Seri Rais Yatim menjadi salah seorang Naib Presiden)3. Tan Sri Rafidah Aziz : Ketua Wanita kelebihan undi seratus lebih atau mungkin tidak sampai. (Walaupun saya sebenarnya mengharapkan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita)4. Datuk Mukhriz Mahathir : Ketua Pemuda kelebihan undi sekitar puluhan sahaja.5. Datuk Reezal Merican : Naib Ketua Pemuda kelebihan undi sekitar lima puluh hingga lapan puluh.
Apa-apa pun ini hanyalah sekadar coretan ramalan peribadi semata-mata, hanya Allah juga yang mengetahuinya.Wallahualam. Selamat mengundi dan bersidang. (Petikan dari blog azlishukri, sahabat ana).

2 comments:

  1. salam syeikh, ana sudah link kan..salam persahabatan drip ana.

    ReplyDelete
  2. oiii....update la sama blog hang ni...
    aziz marah hang nuu...
    huhhuhu...
    boh jangat tak boh...
    kena cubit gosok baru geli

    ReplyDelete